PENGALAMAN INTERVIEW BIASISWA UNITEN BY YTN
Tepat jam 2.00 petang semalam, Akue dengan selamatnya menjejakkan kaki ini ke Pejabat Yayasan Tenaga Nasional yang terletak di Bangi untuk di temuduga. So, korang rase macam mana laa feeling Akue time tue??? Happy?? Curious?? Nervous?? Went crazy???
Percayalah... korang akan rasa macam2 dalam diri korang... tapi perasaan yang Berjaya menguasai diri Akue adalah perasaan TAKUT... fisrt time, Akue masuk kat satu bangunan yang tak pernah Akue pergi, pastu kat dalamnya full dengan many candidates yang memang Nampak berkaliber giler, takkan rasa excited pulak... of course laa takut tahap cipan... time tue, Akue berharap sangat dapat satu group yang setaraf dengan taraf Akue... al-maklumlah, Akue nie kalau masuk bab2 speaking... boleh bagi gred D!!! Huhu...
Sekarang, Akue akan mulakan kisah temuduga nie dengan nada penuh serius... kekekeh...
I dapat temuduga sebelah petang iaitu pada jam 2.00 petang. Ingat, mesti datang awal. Kalau boleh, jangan melepasi waktu yang ditetapkan. Apabila sampai, terus ke meja urus setia. Kalau tak jumpa-jumpa jugak meja urus setia, bukak laa mulut tue Tanya sape2 kat kaunter... kat sana, i disuruh menulis nama dan ic pada satu kertas yang telah disediakan. Kertas tue dah dibuat table dan group dah ditetapkan... pemilihan ahli dalam group tidak dibuat secara cabutan. Ia macam, saper sampai dulu, namanya akan berada dalam group 1st dan seterusnya. Lepas tue, kita akan dipanggil berseorangan ke meja urus setia untuk kali kedua bagi sesi semakan salinan sijil dan dokumen yang diminta.
Selepas semua dokumen candidates dah siap diperiksa, kami semua dibawa masuk ke bilik menunggu. Hanya calon temuduga yang dipanggil masuk. Parents perlu tunggu di luar. Kat dalam bilik nie, kami disuruh duduk dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Maximum satu group 6 orang. Bilana\gan lelaki dan perempuan tidak ditetapkan sama bagi setiap kumpulan sebab ia bergantung kepada petak mana nama kita ditulis ketika pendaftaran. Kat situ, kami diberi taklimat tentang interview nie... kat dalam bilik tue, ada 4 orang panel. Untuk hari terakhir, hanya seorang sahaja panel lelaki. (maybe panel tak sama untuk setiap interview). So, dia akan call out laa group 1st dan seterusnya untuk ditemuduga.
p/s 1: MAKE SURE YOU ALL BAWA MASUK SEBATANG PEN!!! WAJIB...!
kat dalam bilik interview tue, korang akan duduk mengikut turutan, dan gambar korang akan diambil sebagai rujukan (so, jangan laa buat pose ayu @ pelik2 yeerr..). kami setiap calon akan menjalani tiga sesi temuduga... (3 soalan laa...). soalan-soalannya adalah::...............
Introduce yourself. Soalan nie wajib dijawab dalam BI. Just cakap nama saper, umur, tempat tinggal, educational background, extra-curricular activities and biasiswa laen yang korang mintak. Pasal educational background dan xtra curricular acts tue, jangan laa ceriter korang punyer achievement time sekolah rendah dulu n time korang Form 1,2 &3. Interviewer tu juz nak tau untuk form 4 & 5 jer. So, jangan laa rajin nak bazirkan air liur tu ekk...
What do you know about TNB. Soklan nie pun wajib dijawab in BI. Untuk soalan nie, korang bolehlaa layari laman web TNB kea tau cari dalam mana2 brochure TNB. Nak hafal boleh. Tapi ingat, bila nak baca balik apa yang korang dah hafal tue, make sure jangan obvious sangat Nampak yang korang sebenarnya menghafal. Just, buat2 natural jer. Kalau detail sangat pun tak elok jugak. Buat macam, information tue sebagai maklumat basic je bagi korang. Janganlah hafal sampai kita sendiri pun tak tau apa yang kita hafal. Make sure you faham, ok?? Kalau tak tahu, jawab dengan jujur, jagan bohong. Macam saya, selamber katak jew jawab..." honestly, i don't know anything about TNB. But...." lepas but tue, korang sambunglaa ayat aper2...
Soalan last nie lebih kepada soalan tentang isu-isu semasa yang berlaku kat dunia nie. Diorang akan bagi tajuk, and kami diminta membahaskan tajuk tue. Hanya soalan nie jer, wajib dijawab dalam Bahasa Melayu.
p/s 2: setiap calon diberi masa 5 minit jer untuk satu2 soalan.
Sebelum ader orang Tanya sal resume nie, baek i terus terang selalu. Semasa kami di temuduga, interviewer tak mintak pun resume and sijil asal kami. Tapi, tue time kitaorang punyer. Orang laen punyer, tak tau laa... tapi aper2 pun, baek kita prepare awal. Nanti, taklah kalot sangat.
p/s 3:korang jangan laa takut sangat bila dengar calon laen practice in English depan korang... " ish, fluent nyer mamat nie.. mampuslaa aku kali nie. Dah laa grammar mistakes dah tak terbilang nie..." inilah yang saya fikir saat mendengar sorang calon lelaki practice. Rasa macam timid sesangat... tapi ingat, tak semua yang kita dengar kat dalam waiting room tue sama macam yang kita akan dengar kat dalam bilik interview nanti. Kat dalam bilik tue, bila dengar je mamat tadi speaking balik, dalam hati I, " mak ooii!! Lintang pukang cam aku je bunyi..." dalam ayat mudah ya, semua orang akan nervous kat dalam bilik interview. So, kesilapan mudah sangat berlaku. Jadi, jangan laa menggelabah sangat yer... one more thing, interviewer yang interview kitaorang amatlah sangat BAIK giler...
so, GOOD LUCK. DO UR BEST...